Tentang Kami
Siapa Kami?
ALINAH KARIM BRILLIANT SDN BHD (1253237-W) merupakan sebuah syarikat Bumiputera sepenuhnya yang diasaskan oleh Puan Alinah Mohd Karim dan telah diperbadankan pada penghujung tahun 2017.
Bermula dengan penubuhan Alinah Karim Enterprise pada tahun 2006, perusahaan ini memulakan operasi dengan mengeluarkan Cili Boh Alinah Karim secara kecil-kecilan yang dipasarkan secara lansung kepada peniaga kedai-kedai makan sekitar Melaka.
Kini Cili Boh Alinah Karim telah berada di semua cawangan Family Store dan rangkaian kedai-kedai runcit utama di Melaka serta pasaran luar dari Melaka sejak tahun 2017 seperti di Negeri Sembilan, Johor dan Selangor.
Pengasas Syarikat
Puan Alinah Binti Mohd Karim merupakan pengasas produk Cili Boh Alinah Karim dan berpengalaman dalam bidang perniagaan melebihi 20 tahun.
Dilantik sebagai AJK Pengasas & Penaja Kelab Komuniti Usahawan Tekun (KKUT), Kawasan Tangga Batu, Melaka.
Mewakili usahawan Negeri Melaka pada tahun 2013 sebagai penerima Anugerah Usahawan Tekun Cemerlang di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Keratan Akbar - Anugerah Usahawan Tekun Cemerlang
Komitmen Halal Kami
Cili Boh Alinah Karim telah diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Kami menitikberatkan penggunaan cili kering terbaik dan air bertapis bagi pembuatan cili boh. Pembuatan cili boh kami bermula dari pemilihan cili kering yang direbus dan dibasuh sempurna sebelum dimesin dan dibungkus. Setiap peringkat pemprosesan cili boh kami dipantau rapi bagi memastikan produk yang dihasilkan mencapai piawaian yang ditetapkan.